Friday

7 Kerjaya Yang Memerlukan Imaginasi Tinggi


Graphic designer- Kerjaya ini benar-benar menguji daya kreativiti anda. Ini adalah kerana anda perlu berimaginasi bagaimana untuk mempersonakan atau menarik minat pelanggan/penonton untuk melihatnya. Ia juga merupakan suatu penyelesaian masalah komunikasi yang disampaikan melalui visual. Dengan visual yang disampaikan, ia haruslah berjaya untuk menyampaikan tips, objektif atau pesanan mengenai sesuatu isu.

Professional marketing- Kerjaya ini memerlukan anda berimaginasi adalah kerana teknik pemasaran sentiasa berubah-ubah mengikut situasi. Anda pelu mengeluarkan idea-idea yang segar untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Tanpa imaginasi yang tinggi pasti teknik pemasaran yang anda cuba sampaikan akan ketinggalan dan tidak berjaya untuk menambat hati pelanggan.

Detective/Forensics- Seorang detective/forensics pasti akan membuat gambaran awal terlebih dahulu mengenai sesuatu kes yang cuba diselesaikan. Kemudian barulah ia akan disokong dengan bukti-bukti yang ada mengenai kes itu. Sekiranya bukti yang ada bercanggah dengan gambaran yang awal-awal tadi, mereka terpaksa untuk membuatkan gambaran lain sehinggalah satu-satu kes itu selesai.

Usahawan- Seseorang usahawan yang berjaya tidak akan tahu apa akan terjadi terhadap perniagaan mereka pada masa hadapan. Tetapi mereka sudah ada perancangan terhadap perkara yang perlu dilakukan sekarang untuk menjamin perniagaan mereka pada masa akan datang. Ini menunjukkan seorang usahawan perlu untuk berimaginasi tinggi.

Video game designer- Sebelum mereka sesuatu permainan video, ia hanyalah satu idea yang bermain di fikiran pereka. Kemudiannya barulah ianya disampaikan melalui visual untuk orang ramai pula memahami objektifnya. Pereka harus membayangkan terlebih dahulu mengenai sesuatu permainan itu kemudian barulah permainan itu akan dicipta.

Guru- Seorang guru yang baik haruslah sentiasa peka dengan cara berkomunikasi dengan pelajar mereka. Seorang remaja haruslah berkomunikasi cara remaja untuk mendapat hubungan yang baik. Untuk memahami seorang remaja, mereka juga perlulah berimaginasi ketika mereka masih remaja dahulu. Apa yang diinginkan pada zaman remaja. Barulah mereka akan mendapat rasa hormat dari pelajar mereka. Begitulah juga sekiranya mereka perlu mengajar budak-budak, orang tua dan sebagainya.

Chef- Seorang chef sentiasa perlu untuk mereka jenis masakan yang baru. Untuk mereka sesuatu masakan yang baru mereka haruslah berimaginasi tinggi untuk mereka sesuatu masakan yang belum pernah dilakukan.

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.






Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan


2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran


3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun


4)Lelaki yang tenang dan lapang dada


5)Lelaki yang baik sangka


6)Lelaki yang tak pernah putus asa





Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan


2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan


3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan


4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


5)Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

kesempurnaan dalam kesederhanaan!


Sempurna
Ingin sekali aku capai tahap itu
Namun ku sedar daku hanya merancang
Sedang setiap insan pun begitu
Kerana itulah aku teruskan watak aku apa adanya

Kemisterian itu pada dasarnya ada dalam hati
Itu sebabnya yang lain sukar memahami
Walau pada awalnya payah didekati
Bila sudah kenali apapun boleh terjadi

Aku benci cemuhan
Tapi aku juga tidak suka pujian
Cukuplah sekadar kata-kata yang mengingatkan siapa diri aku
Kerana itu sudah cukup bagiku

Aku tidak suka diperintah
Tapi aku juga tidak akan melulu
Walau senyap bukan tandanya aku setuju
Kerna apa yang utama bagiku
Hati mesti sahaja cool!